Berita Hartanah

Tuntut Kunci Rumah

Lebih 1,000 pembeli rumah di Alam Perdana masih belum menerima kunci yang dijanjikan selepas pilihan raya lalu. Wakil pembeli, Kapten (B) Amiruddin Abdullah, 55, berkata, hanya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang boleh membantu menyelesaikan masalah kegagalan penyerahan kunci kepada 1,116 pembeli kerana beliau mempunyai kuasa mengarahkan agensi berkaitan seperti mana janji yang diberikan...

Felda Lancar Apartment Grand Plaza di London

  Felda Investment Corp (FIC) UK Properties telah membuka secara rasmi Apartmen Berperkhidmatan Grand Plaza, satu aset London yang dibeli pada 4 September lepas pada harga 98 juta pound (RM495.88 juta). “Apartmen berperkhidmatan itu disenaraikan pada tempat pertama dalam carian Google, dan urusan sewaan apartmen tersebut dilakukan 75 peratus secara dalam talian," kata syarikat itu dalam satu...

Harga rumah mungkin RM1 juta

TIADA keretaku bawa kau jalan-jalan, Rumahku pun tiada adapun bapa punya, Apa lagi belanja mau bayar berian, Kahwin sama kamu... Mungkin situasi yang disampaikan di dalam bait lirik lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat itu turut dialami sendiri oleh kebanyakan rakyat di negara ini terutamanya generasi muda dan golongan  kelas pertengahan yang menghadapi kesukaran untuk memiliki kediaman...

Cukai untung hartanah naik 30%

Kerajaan bakal menaikkan kadar cukai keuntungan hartanah sekali ganda berbanding 15 peratus pada masa ini, sebagai antara langkah terakhir bagi mengawal kenaikan harga rumah secara mendadak di negara ini khususnya di kawasan bandar. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan bagaimanapun berkata, kenaikan cukai kepada 30 peratus itu akan dibuat sekiranya...

Tegur GLC bina rumah mewah

DALAM kehidupan, beberapa keperluan asas seperti air, elektrik, kediaman, perubatan, keselamatan serta pengangkutan amat penting khususnya bagi golongan muda-mudi yang baru mulakan hidup berkeluarga. Malangnya, sesetengah pihak hanya melihat keperluan asas hidup itu sebagai bahan niaga yang boleh membawa keuntungan lumayan jika ‘dimanipulasi’ dengan baik, tanpa rasa bersalah mahupun peduli impaknya...

Cukai Berkaitan Hartanah Perlu Dikaji Semula Untuk Tangani Spekulasi

Duti setem dan cukai keuntungan hartanah (RPGT) terhadap hartanah ketiga dan seterusnya perlu dinaikkan bagi menangani belian spekulatif hartanah. Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) berkata kerajaan mengenakan duti setem yang rendah bagi menggalakkan pemilikan rumah tetapi spekulator telah mengambil kesempatan untuk mengumpul beberapa hartanah dan memanipulasi harga hartanah. “Keadaan ini...

Compare listings

Compare